JIM BERJAYA PATAHKAN PENYELUDUPAN PATI

 

Pasir Mas, 17 Ogos 2022 – Taktik licik sindiket menjadikan pengangkutan awam sebagai modus operandi penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya dikesan oleh Bahagian Penguatkuasa JIM Negeri Kelantan pada jam 5.00 petang semalam.
Hasil pemeriksaan di Terminal Bas Tasek Raja mendapati seramai 12 Warganegara Myanmar dan India yang terdiri dari 8 lelaki dan 4 perempuan dalam lingkungan umur 19 hingga 41 tahun tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
Turut ditahan seorang lelaki Warganegara Myanmar berusia 30-an dan disyaki sebagai tekong.
Kesemua PATI disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong terbabit disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …