OPERASI MESIN JUAL AIR (MJA) SIRI 3 OLEH PEJABAT KESIHATAN DAERAH PASIR MAS

 

Tarikh: 17/08/2022 (Rabu).
Jam: 9 pagi – 12 tengahari.
Lokasi: Jalan Repek- Pohon Tanjung, Pasir Mas.
Bilangan Anggota yang terlibat: 6 anggota
Mengikut Peraturan 360C, Peraturan-peraturan Makanan 1985, mesin jual air (MJA) wajib mendapatkan lesen dari KKM. Di bawah peraturan ini juga telah memperuntukkan air daripada mesin jual air hendaklah melalui ketiga-tiga proses berikut:
1. Proses penurasan
2. Osmosis songsang, penyulingan, pengionan atau proses yang setara; dan
3. Penyahjangkitan
Air daripada mesin jual air hendaklah mematuhi standard yang ditetapkan dalam Jadual Kedua Puluh Lima, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Peruntukan di bawah Peraturan 53 dan 55, Peraturan-Peraturan KebersihanMakanan2009 menetapkan perkara seperti berikut:
i. mesin jual air hendaklah dilabelkan dengan nama dan alamat berdaftarnya serta diletakkan di kawasan yang sesuai dan jauh dari pencemaran.
ii. reka bentuknya memudahkan pembersihan dan penyelenggaraan serta diperbuat daripadabahan yang tahan kakisan dan tidak telap air.
iii. mempunyai sistem yang efektif untuk mengendalikan limpahan air/ kebocoran, aliranbalik dan menghentikan operasi apabila proses penyahjangkitan tidak berfungsi.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …