PROGRAM KEPENGGUNAAN BERSAMA KOMUNITI LUAR BANDAR SUKU KAUM BATEK

 

GUA MUSANG 17 Ogos : Telah berlangsung Program Kesedaran Pengguna Bersama Komuniti Luar Bandar (Penempatan Orang Asal Suku Kaum Batek) Aring 5, Gua Musang, Kelantan disini hari ini.
Program anjuran Gerakan Pengguna Daerah, Gua Musang dengan kerjasama Gerakan Pengguna Negeri, Kelantan bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli, Syarikat Lagasi Sufi Sdn Bhd, Foodbank KPDNHEP dan DE Metrology Sdn Bhd.
Objektif diadakan bertujuan menyampaikan maklumat dan ilmu kepenggunaan kepada masyarakat luar bandar agar sentiasa peka kepada isu-isu pengguna semasa dan tidak mudah tertipu dengan manipulasi pihak-pihak tidak bertanggung jawab.
Program telah disertai seramai 150 orang peserta dari Suku Kaum Batek terdiri dari lebih 80 Ketua Isi Rumah yang mendiami perkampungan berkenaan.
Majlis diakhiri dengan sumbangan berupa bakul makanan juga disampaikan dalam program berkenaan bagi meringankan beban keluarga.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …