AIRASIA MAHU WUJUDKAN SEMULA HAB PULAU PINANG BERIKUTAN PERMINTAAN KUKUH SERANTAU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

AirAsia berhasrat mewujudkan semula habnya di Pulau Pinang berikutan permintaan kukuh di peringkat serantau bagi penerbangan terus ke pulau itu. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, walaupun menerima permintaan yang memberangsangkan dari negara-negara lain di rantau ini bagi penerbangan terus ke Pulau Pinang, kapasiti syarikat penerbangan tersebut adalah terhad dengan hanya dua pesawat beroperasi dari pulau itu buat masa ini. Apabila dibandingkan dengan tahap sebelum COVID-19, operasi AirAsia di Pulau Pinang pada masa ini kira-kira 60 peratus dari segi penerbangan berjadual dan syarikat menyasarkan untuk meningkatkannya kepada 80 peratus menjelang akhir tahun.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …