PAMERAN “DARI GABENOR KE TYT NEGERI PULAU PINANG”

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 2 : KESTABILAN SOSIO-POLITIK (Perjanjian Malaysia 1963)

Pameran “Dari Gabenor ke TYT” telah diadakan pada 16 Ogos 2022 bertempat di Auditorium, Dewan Sri Pinang. Pameran yang julung kalinya diadakan ini adalah anjuran Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang serta dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak

Pameran ini akan berlangsung selama 10 bulan dan akan menjelajah ke 5 buah daerah di seluruh negeri Pulau Pinang bermula daripada 15 Ogos 2022 hingga Mei 2023. Peringkat-peringkat pentadbiran dan pembangunan di Pulau Pinang semenjak tahun 1705 diketengahkan di dalam pameran ini serta membawakan keperibadian figura-figura kepimpinan Negeri yang disandang oleh anak tempatan bermula tahun 1957 sehingga kini.

Sumber : Pejabat SUK Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …