INDEKS SENTIMEN PKS CERMIN KEYAKINAN PERNIAGAAN, DAYA TAHAN DAN MUDAH SUAI TERHADAP KEWANGAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah menunjukkan bacaan positif sebanyak 53.8 mata, yang mencerminkan bahawa kebanyakan perniagaan agak optimis, berdaya tahan termasuk mampu menyesuaikan diri dengan kewangan serta keadaan ekonomi keseluruhan.  Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Aria Putera Ismail berkata petunjuk ekonomi utama baharu yang dihasilkan oleh bank itu berfungsi dalam mengukur sentimen PKS mengenai prospek ekonomi dan persekitaran perniagaan, memberikan keadaan sebenar PKS di lapangan. Indeks Sentimen PKS juga mendedahkan bahawa 45 peratus daripada responden kini mencari pembiayaan tambahan, khususnya untuk menguruskan keperluan modal kerja mereka. Menurut beliau, bacaan indeks yang melebihi 50 mata menunjukkan bahawa usahawan PKS masih optimis, berdaya tahan dan mampu menyesuaikan diri dengan prospek masa depan. Selain itu, beliau berkata Indeks Sentimen PKS juga mencerminkan bahawa 73.2 peratus PKS menjangkakan peningkatan dalam pendapatan kasar mereka yang akan membawa kepada kenaikan keuntungan dari semasa ke semasa.

Sumber: Laman Web BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …