OPERASI CROW SHARPSHOOTER OLEH MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah mengadakan  operasi Crow Sharpshooter pada 13 Ogos 2022 di sekitar daerah Seberang Perai Tengah. Operasi tersebut membabitkan 63 penembak berlesen yang memperoleh permit kelulusan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang. Sejumlah 4,168 ekor gagak ditembak dalam operasi yang julung kali diadakan.

Gagak adalah haiwan perosak yang cepat membiak dan sejumlah 283 aduan kacau ganggu membabitkan unggas itu direkodkan tahun lalu. Selain mengganggu dengan bunyi bising dan merosakkan tanaman, gagak juga mempunyai tabiat menyelongkar kawasan pembuangan sampah untuk mencari makanan. Haiwan itu juga mencemarkan kawasan seperti taman permainan, taman rekreasi, pasar malam serta laluan pejalan kaki dan tempat parkir kereta dengan najisnya.

Sumber : HARIAN METRO

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …