SCAMMER: LHDN BERI PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Sindiket penipuan dikesan berjaya memperdayakan orang awam dengan menyamar sebagai kakitangan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sehingga menyebabkan ada terkeliru dan menjadi mangsa. Diantara modus operandi yang popular digunakan sindiket ‘scammer’ tersebut antaranya mendakwa mangsa memiliki kes tunggakan cukai kes lama.

Mangsa akan menerima mesej menerusi panggilan telefon, surat atau e-mel dengan dikehendaki segera menjelaskan cukai tunggakan kepada akaun bank pihak ketiga yang dijadikan keldai akaun.

Terdapat jugak taktik dimana membabitkan lawatan pegawai LHDN yang kononnya mahu memungut cukai atau melakukan audit dan siasatan percukaian dengan meminta mangsa memberikan dokumen kerana tersalah lapor. Mangsa yang panik akan diarahkan untuk segera membuat pembayaran baki cukai tambahan yang ditaksirkan ‘scammer’ tersebut ke dalam akaun bukan milik LHDN.

Sumber rujukan:

Laman Facebook Jabatan Penerangan Malaysia

Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …