CUCI@KL DITERUSKAN LAGI DI SEKITAR KAWASAN DESA PANDAN

KUALA LUMPUR – Program mingguan Cuci@KL anjuran Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL diteruskan lagi pada 14 Ogos 2022 di sekitar kawasan Desa Pandan.

Pada siri kali ini, sebanyak 100 orang peserta telah menyertai program tersebut yang terdiri daripada kakitangan DBKL, Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Titiwangsa, kakitangan SWCorp, Kakitangan Alam Flora dan juga wakil daripada komuniti setempat.

Sebanyak 150kg sampah telah berjaya dikutip di sekitar kawasan tersebut.

Program Cuci@KL merupakan salah satu inisiatif DBKL yang diilhamkan oleh YB Dato Sri Dr Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang bersih dan indah dan secara tidak langsung dapat membendung daripada terjadinya banjir kilat.

 

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …