20 PEROKOK DEGIL DIKOMPAUN DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (PKDSPT) telah mengeluarkan sebanyak 20 notis dalam satu aktiviti penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 yang telah dijalankan di sekitar kawasan Alma, Bukit Minyak, Permatang Tinggi dan Permatang Rawa. Seramai lapanĀ orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) terlibat dalam aktiviti penguatkuasaan rutin ini.
Notis-notis yang dikeluarkan adalah seperti berikut :
  • 4 notis kesalahan merokok di bawah Peraturan 11(1)(d) PPKHT 2004 iaitu merokok di kedai makan
  • 10 notis kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(n) iaitu merokok di kawasan pusat membeli-belah
  • 5 notis kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(p) iaitu merokok di stadium
  • 1 notis di bawah Peraturan 14(1) iaitu tiada tanda larangan penjualan hasil tembakau kepada Orang Belum Dewasa di kaunter premis.

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut