OPERASI BERSEPADU PREMIS HIBURAN

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama agensi sahabat terdiri daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan (JIM) telah menjalankan Operasi Bersepadu Premis Hiburan Siri 6/2022 di sekitar Jalan Kia Peng dan Jalan Metro Pudu, Kuala Lumpur pada tengah malam tadi dan berakhir pada jam 4.00 pagi pada 12 Ogos 2022 (Jumaat).

Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan di tujuh (7) buah premis hiburan, DBKL telah mengenakan tindakan penutupan (sealed) serta merta dan sita peralatan terhadap satu (1) buah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk membuka 1 kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (muzik) tanpa kebenaran dan 1 notis di bawah Kaedah 29(2), Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993 kerana membenarkan pengunjung bawah umur memasuki premis hiburan (kelab malam).

DBKL turut mengeluarkan 1 notis kompaun di bawah UUK 5(1), Undang-Undang Kecil Iklan (WPKL) 1989 kerana mempamerkan iklan premis tanpa lesen dan membuat tindakan sita terhadap 10 pelbagai peralatan muzik melibatkan spinner, karaoke system player, speaker, mixer dan sound controller.

Sementara itu, menerusi semakan dan pemeriksaan pasukan agensi sahabat terhadap 90 orang pengunjung/pelancong yang hadir ke premis hiburan tersebut melibatkan warga negara asing dan warga negara tempatan, pihak JAWI telah menahan 49 orang individu beragama Islam terdiri daripada 24 orang lelaki dan 25 wanita untuk tindakan lanjut dan telah diberikan Surat Perintah Hadir (SPH) ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI menerusi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Akta 559).

Kesemua peralatan muzik telah di hantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara. Tindakan penguatkuasaan bersepadu ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut