SKUAD KUMBANG TERUS PLOGGING DAN MOPPING DI SEKITAR KL

JOM JADI PEMANDU DAN PENJALAN KAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB DENGAN TIDAK MEMBUANG SAMPAH DI KAKI LIMA DAN DITEPI JALAN

Skuad Kumbang, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL meneruskan aktiviti plogging dan mopping di sekitar jalan raya di Kuala Lumpur. Antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah sekitar Jalan Pahang, Jalan Pekeliling, Jalan Genting Klang, Jalan Semantan, Persimpangan masuk ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Sentul, Lebuhraya Mahameru, simpang masuk ke Bukit Tunku, susur masuk ke Kg Attap dan Jalan Hartamas.

Hasil daripada aktiviti ini didapati kebanyakan sampah yang dipungut adalah terdiri daripada bekas makanan, botol minuman, kotak, dan juga batang kayu. Kebanyakan sampah ini berkemungkinan dibuang oleh segilintir pemandu dan pejalan kaki yang tidak bertanggungjawab kerana kebanyakan sampah ditemui di tepi-tepi jalan dan kaki lima.

Perkara seperti ini amatlah dikesali kerana kita sebagai warga kota yang bertanggungjawab haruslah bersama-sama menjaga kebersihan bandar raya tercinta ini. DBKL menyeru kepada warga kota agar tidak melakukan aktiviti seperti ini agar jalan raya dan kaki lima di Kuala Lumpur ini tidak dipenuhi sampah.

Jom jadikan amalan membuang sampah di tong sampah sebagai rutin seharian kita sebagai tanda kebertanggujawaban bersama terhadap alam sekitar dan kebersihan bandar ini.

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …