OPS PENGARAH DI PLAZA TOL SUNGAI DUA, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang bersama-sama anggota penguatkuasa KPDNHEP dan SPRM telah mengadakan Ops Pengarah pada 12 Ogos 2022 di Plaza Tol Sungai Dua. Objektif utama operasi ini diadakan adalah untuk mengesan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan di jalan raya.
Dalam operasi ini, pelbagai kesalahan dikesan. Antaranya ialah :
  • membawa lebih muatan,
  • tiada lesen memandu,
  • tiada lesen memandu kenderaan barangan (GDL),
  • Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran,
  • meletak kenderaan dilorong kecemasan,
  • pelbagai kesalahan teknikal

Pengguna jalan raya adalah dinasihat supaya patuh pada peraturan dan undang- undang semasa memandu, serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat semasa dijalan raya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …