INTERVENSI OBESITI BERSAMA PELAJAR SEKOLAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Keselamatan Kesihatan)

Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut (PKDTL) melalui Pegawai Sains Pemakanan, Unit Promosi Kesihatan, Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Wellness Hub Jalan Angsana telah memenuhi jemputan daripada Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat (SKJB) bagi menjayakan Program Intervensi Obesiti SKJB pada 12 Ogos 2022. Seramai 300 pelajar Tahun Satu (1) hingga Tahun Enam (6) serta warga sekolah telah terlibat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi maklumat mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian kepada pelajar dan warga SK Jelutong Barat.

Pelbagai aktiviti dan pengisian telah dijalankan seperti:

  • Senamrobik Sihat bersama anggota Wellness Hub Jalan Angsana PKDTL.
  • Ceramah Pemakanan Sihat dan Galakan Minum Air Kosong oleh Pegawai Sains Pemakanan PKDTL.
  • Taklimat Matlamat Generational End Game (GEG) dan Bahaya Rokok dan Hasil Tembakau oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) Unit NCD, PKDTL.
  • Pameran Kesihatan serta edaran bahan pendidikan kesihatan bertemakan Pemakanan Sihat dan Selamat, Bahaya Rokok dan Aktiviti Fizikal oleh Unit Promosi Kesihatan PKDTL.
  • Semoga dengan program sebegini dapat memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda dan seterusnya membina generasi yang sihat dan kuat.

Sumber rujukan:

Laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …