LAWATAN DATUK BANDAR MENINJAU OPERASI PENGURUSAN TAPAK PELUPUSAN SAMPAH PULAU BURUNG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pembangunan Kapasiti dan Kompetensi Nasional)

Satu lawatan ke Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung, SPS telah diadakan oleh YBhg. Dato’ Azhar bin Hj Arshad, Datuk Bandar Seberang Perai bersama YBrs. Encik Ahmad Zabri bin Mohamed Sarajudin, Pengarah Perkhidmatan Perbandaran dan pegawai kanan MBSP bagi meninjau keadaan semasa operasi tapak tersebut. Pemantauan yang dibuat adalah untuk memastikan operasi tapak pelupusan sampah yang telah diserahkan kepada MBSP untuk diuruskan secara sementara bermula 1 Ogos 2022 ini sentiasa berfungsi dengan baik, selamat dan lancar.

Lawatan tapak bagi Siri Ke – 8 ini merupakan salah satu kaedah “Management by Walking Around” (MBWA) bertujuan memantau keadaan sebenar di tempat-tempat seliaan MBSP bagi merancang penambahbaikan yang boleh dibuat pada masa hadapan untuk kemudahan dan keselamatan kepada penduduk Seberang Perai.

Sumber : Majlis Bandaraya Seberang Perai

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …