LESTARI ALAM SEKITAR: SUNGAI PERAI DAN SUNGAI KEREH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Pada 10 Ogos 2022 yang lepas, seramai 20 orang wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dari seluruh Malaysia yang menghadiri seminar “Short Course On Water And Health” telah mengadakan lawatan ke Sungai Perai dan Sungai Kereh di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Lawatan tersebut adalah bagi meninjau keadaan dan status kualiti air sungai. Lawatan tersebut diketuai oleh Prof. Dr. Jamal Hisham bin Hashim selaku Pakar Kesihatan Persekitaran dan Health Impact Assessment (HIA).

Satu taklimat ringkas telah disampaikan kepada peserta oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang berkenaan status kualiti air sungai dan demonstrasi pengukuran in-situ turut dijalankan di lapangan.

Merujuk kepada sebuah rencana di Berita Harian, berdasarkan laporan Forum Ekonomi Dunia 2020, krisis air, termasuk pencemaran sumber pengairan disenaraikan sebagai permasalahan utama global, diikuti jangkitan wabak penyakit dan krisis makanan.

Oleh itu, masalah pencemaran air, khususnya di Malaysia perlu sentiasa dititikberatkan dan undang-undang lebih ketat perlu dilaksanakan dengan menumpukan kepada industri yang memberi impak besar ke atas sumber air negara.

Syarikat yang mempunyai kilang juga perlu telus dalam membuat laporan mengenai bagaimana sumber air digunakan dalam proses pengeluaran produk dan memberi kenyataan mengenai aktiviti pembuangan sisa pepejal atau sisa toksik kilang dalam laporan tahunan mereka.

Sumber rujukan:

Laman Facebook Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …