LAWATAN OLEH UN HABITAT KE PUTRAJAYA

PUTRAJAYA – Lawatan dan “networking meeting” bersama YBhg. Dato Seri Paduka Maimunah binti Mohd Sharif, Pengarah Eksekutif ( Executive Director ) UN Habitat pada 11 Ogos 2022.

Delegasi UN Habitat dibawa meninjau amalan Sistem Pengurusan Bersepadu Tasik dan Wetland Putrajaya yang telah diiktiraf oleh UNESCO sejak tahun 2007. Sistem Pengurusan Bersepadu Tasik dan Wetland Putrajaya merupakan salah satu “success story” Putrajaya dalam pengekalan biodiversiti perbandaran dan merupakan antara ” efforts in bringing back nature into an urban fabric”. Turut hadir ialah Dato TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya dan pegawai-pegawai kanan Perbadanan Putrajaya dan Urbanice.

YBhg. Dato Seri Paduka Maimunah sedang berada di Malaysia dari 3 hingga 13 Ogos dalam rangka lawatan dan tinjauan UN Habitat untuk menilai inisiatif beberapa perbandaran Malaysia dalam pencapaian (SDG’s Goals) untuk merealisasikan pembangunan mampan dan memenuhi aspek aspek Agenda Perbandaran Baharu ( New Urban Agenda ) yang disasarkan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

 

SUMBER: PERBADANAN PUTRAJAYA 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut