SEMINAR WANITA DAN LELAKI QAWWAM PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Seminar Wanita dan Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 telah diadakan pada 11 Ogos 2022 bersamaan 13 Muharram 1444H bertempat di Dewan Wisma al-Ansar, Masjid al-Muhajirin, Masjid Seberang Jaya. Program seminar ini dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Majlis Dakwah Negara, Pertubuhan Kebajikan Suri Prihatin Pulau Pinang (Suri) dan Masjid Seberang Jaya.

Antara intipati program ini ialah acara perasmian oleh YB Tuan Haji Mohd Tuah B. Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan dan Dakwah (MAINPP). Ceramah pertama bertajuk ‘Bicara Dakwah – Membina Keluarga Idaman’ oleh Ustazah Isfadiah Bt. Mohd Dusuki. Seterusnya adalah slot YADIM Interaktif bersama dua panelis di bawah tajuk Lelaki Qawwam, Wanita Mulia. Slot ini disertai Ustaz Mohd Termizi B. Abdul Razak dan Ustazah Asmak Bt. Husin sebagai panelis serta Dr. Mohd Syakir B. Mohd Rosdi sebagai moderator.

Program ini mendapat sambutan yang hebat dan dihadiri lebih 500 peserta. Semoga penganjuran program sebegini memberi impak dan manfaat yang besar kepada masyarakat khususnya dalam memperkasakan peranan dan tanggungjawab sebagai muslim dan muslimah yang sejati.

Sumber : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …