PENGUATKUASAAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT SEMASA MEMANDU OLEH JPJ PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Peronda Bermotosikal (UPB) dan Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan penguatkuasaan secara berfokus ke atas kesalahan dibawah Subkaedah 17 A(1) Kaedah-kaedah Lalu-lintas Jalan 1959 iaitu penggunaan telefon bimbit semasa memandu sepanjang minggu ini.

Dalam penguatkuasaan ini, sebanyak 41 notis saman telah dikeluarkan kepada pemandu yang melakukan kesalahan tersebut. Kesalahan ini boleh dikompaun RM 300 dan mata demerit dalam sistem Kejara.

Penggunaan telefon bimbit semasa memandu merupakan satu budaya dan amalan tidak baik di kalangan pemandu masa kini. Antara penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah seperti menjawab panggilan, melayari whatsApp, facebook dan sebagainya. Sikap sedemikian boleh menyebabkan pemandu hilang fokus pemanduan di jalan raya, berbahaya kepada pemandu itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Amalan sebegini di kalangan segelintir pemandu, boleh mengundang risiko kemalangan disebabkan kelekaan, serta memperlahankan masa tindakbalas semasa pemanduan.

Sumber : JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …