KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN KESELAMATAN HTCM KUALA LUMPUR KE IPD CHERAS

KUALA LUMPUR, IPD Cheras – 3 Ogos 2022, Kunjungan hormat telah diketuai oleh Kpt (B) Hamon Rafie bin Abd Hamid – Ketua Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur UKM bersama 3 Pegawai Bahagian Keselamatan.

Kehadiran telah disambut oleh ACP Muhammad Idzam bin Hj Jaafar, KPD Cheras turut hadir Supt Annas bin Sulaiman, Tim. KPD Cheras, ASP Hanita bt Mohd Sharif, KBPD Cheras, ASP Mohd Redzuan bin Md Darus, KPB Balai Cheras, dan Sjn Misrina, Ketua Cawangan Kebajikan IPD Cheras.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan sesi suaikenal diantara Pihak Bahagian Keselamatan HCTM dan Pegawai-Pegawai Kanan IPD Cheras.

Perjumpaan tersebut telah memberikan penerangan berkenaan peranan Bahagian Keselamatan HCTM dalam memastikan ketenteraman dan keselamatan di Hospital dan ucapan terima kepada IPD Cheras kerana dengan kekuatan anggota yang bertugas di Pondok Polis HCTM dapat melancarkan bantuan penugasan untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Hasil perjumpaan kedua-dua pihak berharap dapat menjalinkan kerjasama lebih erat lagi.

Sumber : POLIS CHERAS

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …