PROGRAM RETREAT PERJUMPAAN KETUA POLIS PULAU PINANG BERSAMA PENDUDUK SUNGAI EMAS, BATU FERINGGHI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Program ‘Retreat’ Perjumpaan Ketua Polis Pulau Pinang Bersama Penduduk Sungai Emas, Batu Feringgi telah diadakan pada 10 Ogos di Dewan MPKK Batu Feringgi, Pulau Pinang. YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri program ini bersama pegawai-pegawai tinggi PDRM Pulau Pinang, Ahli Jawatankuasa Komuniti dan penduduk setempat.

Program ini diadakan adalah untuk membincangkan serta mengetahui masalah masyarakat / penduduk setempat khususnya berkaitan jenayah. Disamping memastikan kawasan komuniti sentiasa selamat dan tenteram, penduduk haruslah sentiasa peka pada isu setempat dan kegiatan jenayah di kawasan tempat tinggal mereka. Komuniti setempat juga disarankan memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak polis.

Sumber : IPD TIMUR LAUT

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …