PDRM PULAU PINANG SIASAT SEKUMPULAN LELAKI BERGADUH DI PERAI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Susulan empat video yang tular masing-masing berdurasi 8 saat hingga 23 saat di laman sosial Facebook, polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Taman Chai Leng Park, Perai pada 7 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata kejadian pergaduhan itu dipercayai berlaku pada kira-kira 3.30 pagi dan suspek dipercayai menggunakan beberapa objek sebagai senjata untuk menyerang satu antara sama lain.

Hasil semakan juga mendapati setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh kedua-dua pihak yang terlibat. Namun siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek yang terlibat dan punca pergaduhan berlaku. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sumber : ASTRO AWANI

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …