YIPP BAKAL BANGUNKAN SEKOLAH ISLAM ANTARABANGSA PERTAMA DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Pengurusan Sistem Pendidikan Kebangsaan Secara Menyeluruh)

Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) bercadang menubuhkan sebuah sekolah Islam antarabangsa pertama di negeri tersebut dengan berpandukan konsep sama seperti The International Modern Arabic School (IMAS) di Putrajaya.

Pengurus Besarnya, Mohd Fitri Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah memberi sebidang tanah di Sungai Ara untuk dibangunkan institusi pendidikan yang akan merangkumi Sekolah Islam Antarabangsa dan pusat perniagaan berkaitan pendidikan. Dengan termeterainya memorandum persefahaman antara YIPP dan IMAS, ia akan membolehkan usaha pembangunan dimulakan selepas ini.

Pada 9 Ogos, media melaporkan YIPP telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Yayasan Alnoor yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Waleed Almuallimi. Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi YIPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman. Menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak bertukar kepakaran dalam bidang pendidikan dan pembelajaran terutamanya dalam pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Sumber : Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …