PENGURUSAN KEWANGAN TERENGGANU DITEMPAT PERTAMA DALAM OPEN BUDGET INDEX (MyOBI)


KUALA TERENGGANU, 11 OGOS 2022


Satu pertemuan antara Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters) bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam konvoi #RasuahBusters ke Pantai Timur di Kediaman Seri Iman pada 9 Ogos 2-22 yang lalu. Dalam pertemuan tersebut, Nurhayati merakamkan penghargaan kepada Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri atas sokongan terhadap usaha mereka yang membawa integriti dalam pentadbiran. Pelaksanaan Dasar Integriti Darul Iman (DIDI) juga bukti Kerajaan Negeri amat serius membendung hal-hal berkenaan rasuah.

Ketelusan pengurusan kewangan Terengganu yang mengungguli kedudukan pertama dalam ‘Malaysia Open Budget Index’ (MyOBI) seharusnya menjadi ikutan semua kerajaan negeri. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata kejayaan tersebut merupakan hasil daripada ketelusan di semua peringkat pentadbiran.

Ketelusan menjadi gerakan kerjasama daripada semua pihak, daripada EXCO sehingga orang ramai yang memberikan kerjasama agar ketelusan itu tercapai. Namun kerajaan negeri perlu bersiap sedia supaya dapat menghalang unsur-unsur rasuah atau penyalahgunaan kuasa yang boleh menggugat kesejahteraan integriti Terengganu.

YAB Menteri Besar amat jelas dan menyokong usaha ini sebagai salah satu ikhtiar agar satu bentuk kerjasama yang bersepadu yang kita boleh ‘reach out’ kepada seluruh ekosistem khususnya di dalam negeri Terengganu. Ini adalah satu inspirasi yang cukup baik untuk dilaksanakan di peringkat negeri-negeri lain agar dapat lihat bagaimana kolaboratif dan usaha kolektif antara kepimpinan dan rakyat untuk bergabung dalam pemulihan ekonomi dan sistem sosial di negara.

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri menjadi Menteri Besar pertama yang menerima kunjungan oleh pihak konvoi #RasuahBusters sejak mula dilancarkan pada Disember lalu. Terdahulu, #RasuahBusters Pantai Timur memulakan konvoi bermula 6 Ogos dengan menyasarkan golongan pemimpin, pihak berkuasa, pelajar dan pemegang taruh agar bebas daripada belenggu rasuah.

#JomPerangiRasuah

NILAI TERAS 4 : TADBIR URUS YANG BAIK

sumber: Media MB Terengganu

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut