OPS HARIAN OLEH BAHAGIAN PENGUATKUASA JPJ WPKL

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) WP Kuala Lumpur telah melaksanakan Operasi Harian bagi memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap semua jenis kenderaan termasuk pemandu atau pemilik kenderaan motor yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Kenderaan telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan seperti pemandu bawah umur, tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran, ubahsuai motosikal seperti tanggal brek belakang, ubahsuai swing arm, ubahsuai ekzos, saiz tayar terlalu kecil, tidak pamir pelekat P, tiada cermin sisi dan pamer nombor pendaftaran fancy dan extreme.

Khidmat nasihat turut diberikan kepada pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalulintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

 

SUMBER: JABATAN PENGANGKUTAN JALAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …