PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN KOMUNITI (CBSM)

10 OGOS 2022- Majlis Keselamatan Negara WP Labuan dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional WP Labuan telah melaksanakan Program Kesedaran Keselamatan Komuniti di Pusat KRT Batu Arang, WP Labuan. Golongan sasaran pada kali ini ialah guru-guru tabika perpaduan di WP Labuan.
Antara intipati sepanjang program ini adalah:
1. Ceramah berkaitan Media Sosial dan Keselamatan Negara oleh Pengarah Keselamatan Negeri MKN WP Labuan, Encik Mohd Hafiez bin Mohd Daud.
2. Peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pengguna media sosial adalah menyebarkan maklumat yang sahih dan benar, tidak membuat provokasi yang boleh mencetuskan perpecahan kaum, tidak melakukan aktiviti penipuan siber dan banyak lagi.
3. Sebagai pengguna media sosial, masyarakat perlu peka akan setiap perkongsian yang dilakukan dan turut menekankan aspek keselamatan siber dalam kehidupan seharian selaras dengan DKN 2021-2025 yang menitikberatkan mengenai Keselamatan Siber dan Teknologi.
Semoga program kali ini memberi kesedaran kepada komuniti setempat tentang kepentingan media sosial dan keselamatan negara. Peranan dan tanggungjawab komuniti adalah sangat penting bagi memastikan keselamatan negara ini sentiasa terpelihara.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …