Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor yang bertemakan ‘Keluarga Johor, Pemangkin Pembangunan Negeri’ telah diadakan pada 30 Julai 2022 bersamaan dengan 1 Muharam 1444h di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor. Program tersebut telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz bin Ghazi. Mantan Ketua Hakim Syarie, Dato’ Amir Danuri telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1444H.
Turut hadir di majlis tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani & Kemajuan Luar Bandar, YB Dato’ Zahari Sarip; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi & Sumber Manusia, Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi Mad Shah; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Infrastruktur, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Salehuddin Haji Hassan; Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, YB Dato’ Amir Nasruddin; Mufti Johor, YB Sohibus Samahah Dato’ Haji Yahya Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, YB Dato’ Haji Md. Rofiki Dato’ Haji Shamsuddin; serta Ketua-ketua Jabatan Negeri Johor.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor
DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
Sumber gambar: Onn Hafiz



