MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN (JKKN) NEGERI JOHOR BIL. 1 TAHUN 2022

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Negeri Johor Bil 1/2022. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Pejabat Menteri Besar Johor pada 2 Ogos 2022.

Mesyuarat ini merupakan platform bagi semua agensi keselamatan dalam negeri Johor untuk memahami tugas dan peranan setiap agensi bagi memupuk semangat kerjasama dan perkongsian maklumat di antara agensi keselamatan dalam memastikan keselamatan di negeri Johor terpelihara. Objektif mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan keselamatan, kawalan sempadan perairan dan kedaulatan negara serta tindakan yang boleh diambil bagi menangani isu-isu berkenaan.

Turut hadir adalah Ketua Polis Negeri Johor, Panglima 7Briged, Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Johor, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Johor, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor dan wakil Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

Sumber gambar: Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor

                         

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …