DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang berhasrat memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kenderaan dengan kerjasama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Bermotor (PUSPAKOM). Tindakan ini bertujuan meningkatkan intensiti penguatkuasaan kenderaan layak untuk dipandu atau “roadworthiness” di jalan raya bagi mengurangkan risiko kemalangan yang melibatkan kenderaan perdagangan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim menjelaskan bahawa cadangan tindakan itu adalah selaras dengan Seksyen 12 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi memastikan kenderaan selamat untuk digunakan dari aspek mekanikal dan teknikal.
Sumber rujukan : Bernama