PELANCONGAN | PETA RISALAH MAKANAN LAUT SABAH DAN LABUAN DI LANCAR

Tourism Malaysia hari ini melancarkan risalah pelancongan bertemakan gastronomi yang menyenaraikan restoran-restoran makanan laut di Sabah dengan turut memaparkan produk-produk pelancongan utama di sekitar Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Wilayah Persekutuan Labuan..

Dinamakan sebagai Sabah & Labuan ‘SeeEatFood’ Trail Fun Map, inisiatif tersebut merupakan salah satu usaha bagi menarik pelancong ke Sabah dan Labuan yang terkenal sebagai syurga makanan laut ekoran kedudukan geografinya dikelilingi oleh perairan Laut China Selatan, Laut Sulawesi dan Laut Sulu sekali gus memberi kelebihan dari segi penangkapan serta penjualan hasil laut segar pada harga lebih murah.

Cik Ednie Rahma Ab. Rahim, Pengarah Tourism Malaysia Sabah berkata, pelancongan gastronomi merupakan salah satu komponen utama dalam pelancongan domestik yang wajar diberi fokus di Sabah setanding dengan kekayaan warisan budayanya selain produk-produk ekopelancongan termasuk pulau-pulau serta khazanah hidupan liar dan alam semula jadi.

“Dengan penerbitan risalah Sabah & Labuan ‘SeeEatFood’ Trail Fun Map ini, ia diharap dapat menjadi rujukan kepada pelancong-pelancong yang berkunjung ke Sabah dan Labuan bagi memudahkan mereka membuat pilihan untuk menikmati sajian makanan laut di restoran-restoran yang tersenarai.

“Pengguna telefon pintar hanya perlu mengimbas kod QR bagi mendapatkan risalah ini secara digital sama ada di laman sesawang Tourism Malaysia di www.malaysia.travel, akaun Facebook Tourism Malaysia Sabah atau di Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu,” katanya.

Majlis pelancaran risalah tersebut diadakan bersempena lawatan suai kenal (FAM Trip) selama empat hari tiga malam ke Sandakan bermula 31 Julai lalu melibatkan 26 peserta terdiri daripada 12 wakil media, lima agensi pelancongan dari Persatuan Pelancongan Sabah serta pegawai-pegawai dari Tourism Malaysia, Malaysia Airlines dan MASwings.

Pada sesi lawatan tersebut, para peserta dibawa menjejaki Sandakan Heritage Trail selain menerokai produk-produk pelancongan terkenal sekitar Sandakan seperti Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Rainforest Discovery Centre, Bornean Sun Bear Conservation Centre dan Sungai Kinabatangan.

 

SUMBER : TOURISM.MY

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut