KMKM GELORAKAN SEMANGAT PATRIOTISME MASYARAKAT SIK, KEDAH

Seramai 500 orang memenuhi perkarangan Dataran Sik Lestari bagi menyambut ketibaan peserta konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) di sini semalam.

Pegawai Daerah Sik Mahamad Suhaimi Man dalam ucapan perasmiannya berkata penganjuran program-program kemerdekaan seperti ini diharap dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan belia.
“Tradisi mengibarkan Jalur Gemilang apabila tiba Bulan Kebangsaan tidak seharusnya dilupakan oleh setiap rakyat kerana ia adalah lambang kemerdekaan, kedaulatan dan kewujudan identiti kita sebagai negara yang berdaulat.
“Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengambil langkah yang sewajarnya bagi memupuk semangat patriotik dalam diri sendiri dan juga kalangan masyarakat,” katanya.
Ketibaan peserta konvoi yang menaiki 35 kenderaan pelbagai jenis termasuk kelab motosikal berkuasa tinggi disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik Dato Mohd Isa Shafie.
Sik merupakan lokasi persinggahan keenam di Kedah selepas Kuala Muda, Yan, Kota Setar, Kubang Pasu dan Padang Terap.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …