MADINATUL RIADAH DIBINA AWAL 2023

 

PASIR PUTEH – Komitmen Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam membangunkan kemudahan yang mengutamakan aspek gaya hidup sihat, sosial dan sukan Keluarga Malaysia di Negeri Kelantan amat positif.
Atas dasar federalisme, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) RM256 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi pembinaan sebuah kompleks sukan di Bukit Merbau Selising, Pasir Puteh.
Projek Madinatul Riadah Bukit Merbau itu akan dilengkapi stadium utama berkapasiti 20,000 penonton, arena tertutup yang boleh memuatkan 1,000 penonton, stadium hoki dengan astaka yang berkapasiti 500 penonton, pusat skuasy dengan kapasiti 100 penonton, gelanggang boling padang berbumbung dengan kapasiti 200 penonton dan lapang sasar sukan menembak dengan kapasiti 100 penonton.
Kompleks sukan terbesar bakal menjadi salah satu lokasi Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-22 pada tahun 2026 di Kelantan.
Pembinaan kompleks ini dijangka bermula pada awal tahun 2023 dan akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2025. Kompleks sukan ini bakal mempunyai kemudahan seperti ruang pejabat, bilik persalinan, bilik rawatan, bilik media, bilik doping, surau dan gimnasium.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …