PERANAN AMAR SEBAGAI MEDIUM PENTING SEBARKAN MESEJ ANTIRASUAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Pencegahan Rasuah dan Pengukuhan Integriti)

Seramai 118 mahasiswa dalam kalangan pemimpin Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) dari IPTA, IPTS, Institusi Pendidikan MARA dan Institut Pendidikan Guru seluruh negara telah menjayakan Konvensyen AMAR 2022 kali ke-8 bertempat di Kem El- Azzhar, Banting, Selangor. Konvensyen tersebut berlangsung selama tiga (3) hari mulai 5 Ogos 2022 (Jumaat) dan berakhir Ahad lalu.

AMAR telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berperanan sebagai medium antirasuah kepada lebih satu juta penuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan pelajar di Kolej Komuniti seluruh negara.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali yang berucap semasa perasmian penutup konvensyen itu menegaskan bahawa golongan mahasiswa berperanan penting menyebarluaskan mesej antirasuah dan seterusnya mewujudkan generasi muda yang membenci rasuah.

Sumber rujukan : Utusan dan BuletinTV3

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …