OP BENTENG LAUT : BOT TEMPATAN DITAHAN GAJIKAN WARGA ASING

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki menggajikan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang. Bot tersebut ditahan oleh anggota penguat kuasa yang sedang melaksanakan rondaan rutin OP BENTENG LAUT pada kedudukan kira-kira 0.9 batu nautika utara Monkey Beach, Pulau Pinang.

Hasil pemeriksaan mendapati bot nelayan tempatan kelas C2 itu dikendalikan oleh 22 kru warga Thailand termasuk tekong berumur dalam lingkungan 26 hingga 54 tahun. Pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua kru terbabit disyaki telah melakukan kesalahan iaitu bekerja di atas bot tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Bot, kru termasuk tekong ditahan dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.

Sumber : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut