CBSM PULAU PINANG : SEMARAK JIWA MERDEKA BERSAMA KOMUNITI BAYU NYAMAN, BAYAN BARU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Semangat Kemerdekaan)

Konsep Keselamatan Menyeluruh (????????????? ????????) yang merupakan konsep yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 menjadi rujukan bahawa “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”.

Mendukung konsep ini, Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP) telah menganjurkan Program Semarak Jiwa Merdeka bersama Komuniti Bayu Nyaman di Daerah Barat Daya dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang (JAPEN).

Program berbentuk ????????? ????? ???????? ?????????? (CBSM) turut meliputi penganjuran program yang memperkasakan komuniti dengan info-info berkaitan keselamatan, khususnya keselamatan negara.

Menerusi program yang dilaksanakan bersama komuniti Bayu Nyaman, taklimat keselamatan yang menyentuh intipati peranan masyarakat dalam keselamatan negara telah disampaikan oleh YDH DSP Ahmad Hamdi Jamaludin, Penolong Pengarah (Polis), MKNPP.

Program yang disertai lebih kurang 150 orang ini turut diisi dengan aktiviti mewarna kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang dan pameran oleh pelbagai Agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, cawangan Negeri Pulau Pinang.

#DKNmy
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai Β satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,Β  Malaysia International Shipping Corporation BerhadΒ (kini dikenali sebagaiΒ MISC)Β telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …