KARNIVAL BELIA NEGARA PERINGKAT KAWASAN KEPONG

KUALA LUMPUR, Balai Polis Jinjang :- 06/08/2022 @ Sabtu, Karnival Belia Negara peringkat kawasan Kepong telah diadakan di Taman Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur. Kehadiran Polis DiRaja Malaysia terdiri daripada Insp Ahmad Zikri bin Mohd Zalik (KPB Jinjang) bersama SM Mohd Hasril bin Abu Hassan, Kpl Tamil Selvam, Kpl Mohd Faizal bin Mat Rejab, Kpl Mohammad Faiz bin Awang, Kpl Norehan bt Mohd Noor, L/Kpl Azroy, Kpl Mohd Azhar bin Mohd Zabidin dan L/Kpl Nur Hidayah bt Zainal Aziz.

Manakala Pegawai dan anggota JSJN Ipd Sentul terdiri daripada Insp Rathana, Insp Razmin, Sjn Shamsul, Sjn Sufian, dan Kpl Azril. Turut hadir JSJ IPD Sentul Insp Noor ‘Aliaa, Kpl Edwin, Konst Fauzi, Konst Zharfan. JSJK IPD Sentul, Insp Nur Ainie bt Baharudin, Kpl Mohd Khairul Anuar bin Johari, Kpl Malini A/P Nagendran dan Konst Ahmad Firdaus Affiat bin Ahmad Soharto. Kehadiran awam sebagai perasmi karnival En. Asmori bin Haji Sa’ahari (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dan En. Norhizamudin bin Moktar Radin (Pengurus Kawasan DBKL Kepong).

Objektif Program Karnival Hari Belia Negara peringkat kawasan Kepong tahun 2022 di Taman Tasik Metropolitan Kepong. Dalam pada itu, terdapat demonstarsi & pameran daripada Jabatan dan Agensi kerajaan serta swasta. Disamping itu, terdapat temuduga terbuka Parajurit Muda Siri 196/2022 oleh Tentera Darat Malaysia (TDM). Karnival diselitkan dengan cabutan bertuah, sukaneka, sukan tradisional, jualan barang sukan, kayak, nasyid, dan buskers. Di akhir program Balai Polis Jinjang membuat program Talk to us dan anggota Amanita hadir bagi mendekati masyarakat kejiranan dalam mencegah jenayah. Jumlah Kehadiran Kehadiran 350 orang dengan jayanya.

#HARIBELIANEGARA

#PDRM

#IPDSentul

 Sumber : POLIS BALAI JINJANG

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut