Alhamdulillah, Kerajaan Negeri mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan atas kejayaan memperolehi Pensijilan Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 di bawah Skop Pengurusan Pengeluaran Kayu Bulat Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli Di Hutan Simpanan Kekal (HSK).
Pensijilan ini berkuatkuasa sehingga 05 Julai 2025. Penerimaan pensijilan tersebut membuktikan bahawa pengurusan hutan Kelantan yang mengikut setiap garis panduan (SOP) serta ketetapan yang dibuat oleh badan pensijilan. Negeri Kelantan merupakan negeri yang pertama di semenanjung yang berjaya memperolehi pensijilan MS ISO 9001:2015.



