PERBEZAAN BERAS STEAM DAN PARBOILED

 

Jawapannya ialah dari sudut pemprosesan beras.
BERAS STEAM:
• Padi dikukus dengan cepat dan keringkan baru dibuang sekam menjadi beras.
• Rasa lebih sedap berkanji dan kebanyakkan vitamin dan mineral dapat dikekalkan sebab rendam sekejap.
• Rendaman sekejap juga menjadikan ikatan kanji menjadi lemah, lalu memudahkan proses memasak.
• Proses pengelatinan kanji tidak sempat berlaku, maka kanji degil (resistance starch) tidak terbentuk.
BERAS PARBOILED:
• Padi melalui proses rendaman, kukus dan pengeringan baru dibuang sekam menjadi beras.
• Beras melalui proses pengelatian dan pengeringan yang mana menjadikan tekstur beras lebih teguh dan keras. Proses ini membantu meningkatkan resistant starch (aka turunkan indeks GI). Secara tidak langsung menjadi makanan kepada bakteria baik dalam usus besar (prebiotik).
• Warna beras menjadi sedikit keperangan disebabkan migrasi pigmen daripada sekam ke beras dan tindakbalas Maillard semasa merebus.
• Sebahagian komponen larut air dan stabil haba daripada sekam berpindah ke dalam beras semasa merebus meningkatkan komponen antioksida (phenolik) jika dibandingkan beras sama yang dibuang sekam.
• Rasa kurang sedap dan kering kerana pembentukan kanji degil. Mengambil masa sedikit lebih lama dimasak daripada beras biasa.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …