JIM KELANTAN GAGALKAN PENYELUDUPAN PATI

 

Kota Bharu, 01 Ogos 2022 – Taktik licik sindiket penyeludupan membawa 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menggunakan kereta persendirian berjaya ditumpaskan oleh penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Kelantan, petang Isnin lalu.
Hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI Warganegara Myanmar yang terdiri dari 12 lelaki dan 2 perempuan dalam lingkungan umur 15 hingga 50 tahun tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
Turut ditahan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 40-an merupakan pemandu kenderaan tersebut dan disyaki sebagai tekong.
Kesemua PATI disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong terbabit disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …