PENGAMBILAN 100 EKAR TANAH, TAMAN INDUSTRI TOK BALI (TBIP) SELESAI

 

PASIR PUTEH – Kerja-kerja pembangunan Taman Industri Tok Bali (TBIP) di atas tanah berkeluasan 201 ekar di Mukim Gong Kulim di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sedang giat diusahakan.
“Pada masa kini, proses pengambilan tanah Fasa 1 seluas 100 ekar telah selesai dan baki selebihnya dijangka akan diselesaikan pada tahun ini.”
Demikian menurut Ketua Jajahan Pasir Puteh, En. Mohd Adlee Yasin ketika ditemui di pejabatnya 7 Julai lalu.
Sementara itu, pihak ECERDC pula memaklumkan, kerja-kerja fizikal bagi Fasa 1 akan dimulakan pada tahun hadapan melibatkan penyediaan lot-lot industri dan perniagaan yang lengkap dengan infrastruktur asas seperti rangkaian jalan, sistem perparitan berserta kolam tadahan, lampu jalan, lanskap, tangki air bertingkat berserta paip bekalan air, sistem telekomunikasi, loji rawatan kumbahan berserta paip kumbahan, pencawang pembahagi utama berserta sub-stesen bagi bekalan tenaga elektrik.
Pembangunan taman industri baharu ini akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan dijangka menarik pelaburan di antara RM400 juta sehingga RM600 juta apabila ianya beroperasi sepenuhnya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …