MBPP BERSAMA PENIAGA BERKOLABORASI MENJAYAKAN KEMPEN BASMI TIKUS 2022 DI PASAR AWAM BATU LANCHANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar Dan Operasi)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran telah mengadakan Kempen Basmi Tikus 2022 pada 4 Ogos 2022 di Pasar Awam Batu Lanchang. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peniaga serta pekerja di pasar awam tersebut. Mereka telah tampil ke hadapan mengikuti taklimat penjagaan kebersihan ruang niaga dan persekitaran.

Dalam program berkenaan, petugas dari Jabatan Kesihatan Persekitaran telah meletakkan perangkap tikus serta menaburkan racun tikus di kawasan-kawasan yang dikenalpasti. Pasukan petugas pembersihan dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran pula telah mengadakan penyelenggaraan parit di sekitar pasar awam tersebut bagi menyokong kempen ini. Selain itu, pasukan pegawai Jabatan Pelesenan dan para peniaga turut mengadakan pembersihan kawasan dalam pasar tersebut.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan memperluaskan kempen ini secara menyeluruh kepada semua pasar-pasar awam terutamanya di bahagian Pulau, Pulau Pinang bagi memastikan kebersihan berada di tahap terbaik.

Sumber : Majlis Bandaraya Pulau Pinang 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …