2,000 LITER DIESEL BERSUBSIDI GAGAL DISELEWENG DI BUKIT MERTAJAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Sepasukan Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah mengadakan serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Baru, Bukit Mertajam dan menahan dua lelaki serta merampas kira-kira 2,000 liter minyak diesel yang disimpan dalam sebuah tangki khas.

Terdahulu, pihak KPDNHEP menjejaki sebuah lori jenis Daihatsu berwarna merah dengan muatan seberat dua tan dan ternampak suspek sedang mengisi minyak diesel dalam keadaan mencurigakan. Hasil siasatan mendapati, lori tersebut mempunyai satu tangki berkapasiti 2500 liter yang telah diubahsuai dan ditempatkan di belakang kenderaan berkenaan.

Selain tangki simpanan, turut dirampas dalam serbuan tersebut adalah satu unit motor pam elektrik dan satu unit hos paip dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM17,000. Kes tersebut akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber : KOSMO

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …