4 BUAH PREMIS MAKANAN KOTOR DIPERIKSA PENGUATKUASA PELESENAN MBPP

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pegawai Penguatkuasaan Pelesenan MBPP telah mengadakan pemeriksaan mengejut di kawasan Timur Laut Pulau Pinang pada 3 Ogos 2022 dan mendapati 4 buah premis makanan dengan sengaja telah mengabaikan aspek kebersihan asas.

Pemeriksaan mendapati wujudnya hurungan lipas dan lipas mati di dua buah premis serta penemuan najis tikus di dua lagi premis yang lain. Oleh yang demikian, empat (4) buah premis makanan tersebut telah diarahkan supaya menutup operasi perniagaan dan diwajibkan melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.

Antara kesalahan lain yang dikesan ialah perangkap minyak tidak diselenggara dengan baik, pengendali makanan tidak mendapatkan suntikan anti tifoid serta kebersihan ruang dapur tidak memuaskan.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang menasihatkan semua pengusaha dan pengendali makanan supaya tidak mengambil sikap sambil lewa atau hanya mengejar keuntungan semata-mata tanpa mengambil peduli terhadap isu kebersihan.

Sumber : Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut