KETUA POLIS KUALA LUMPUR TURUN PADANG MELAWAT BEKAS ‘POT DADAH’ KAWASAN BRICKFIELDS

KUALA LUMPUR – YDH CP Dato’ Azmi bin Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur turun padang melawat bekas ‘pot dadah’ kawasan Brickfields, Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2022. Antara bekas pot yang dilawati ialah di ‘pot Pailing’ Jalan Klang Lama dan ‘pot Kubur Kerayong’, Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur.

Lawatan bertujuan untuk melihat sendiri kemajuan tindakan yang telah diambil oleh JSJN KL bersama BSJND Brickfields dalam menangani ‘pot dadah’ serta membanteras penyalahgunaan dadah khasnya dalam kawasan Brickfields.

Turut sama hadir, YDH SAC Datuk Abu Samah bin Mohd Noor, Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur, YDH ACP Jasmirol bin Jamaluddin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, YDH ACP Amihizam bin Hj. Abdul Shukor, Ketua Polis Daerah Brickfields, Barisan Peg. Kanan Polis JSJN Kuala Lumpur, ASP Shaiful Hezreen bin Shahriman, KBND Daerah, Insp Nazrul Hisham bin Musa, Ketua Polis Balai Petaling, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Unit Media/Drone Brickfields.

YDH Ketua Polis Kuala Lumpur turut meluangkan masa menyantuni serta bertanya sapa dengan masyarakat setempat serta pemilik/pekerja premis-premis perniagaan berhampiran pot tersebut. Lawatan berlangsung dengan jayanya.

SUMBER: POLIS BRICKFIELDS

Artikel/Berita Terkini

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut