KUTIPAN TEMU BUAL KUMPULAN BERFOKUS INDEKS KESELAMATAN NEGARA (IKK) NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM – Majils Keselamatan Negara Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri bersama pasukan penyelidik daripada Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam sedang menjalankan kajian penyelidikan khusus bagi membentuk dan mengukur  Indeks  Keselamatan  Kebangsaan (IKK).  Kajian  penyelidikan  ini  akan menggunakan sembilan (9) Nilai Teras Keselamatan dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 sebagai domain kajian yang akan bermula dari 2 sehingga 5 Ogos 2022.

Sebagai salah satu kaedah kajian, pasukan penyelidik UiTM yang terdiri daripada pensyarah UiTM telah dilantik untuk melaksanakan sesi Temu Buai Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussions-FGDs). Responden kajian bagi FGDs ini merupakan pegawai/kakitangan daripada pelbagai jabatan dan agensi peneraju yang terlibat dalam pelaksanaan strategi yang digariskan mengikut setiap  Nilai Teras Keselamatan khususnya di negeri Selangor. Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada agensi-agensi yang menjayakan sesi temu bual berkenaan.

 

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …