SESI TEMU BUAL KUMPULAN BERFOKUS KAJIAN INDEKS KESELAMATAN KEBANGSAAN BAGI NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL

SESI TEMU BUAL KUMPULAN BERFOKUS KAJIAN INDEKS KESELAMATAN KEBANGSAAN BAGI NEGERI PULAU PINANG

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah melantik satu pasukan penyelidik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menjalankan kajian pemyelidikan khusus bagi membentuk dan mengukur Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK). Kajian penyelidikan ini menggunakan sembilan (9) Nilai Teras Keselamatan yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025.

Sebagai salah satu daripada kaedah penyelidikan, pasukan penyelidik daripada UiTM Negeri Pulau Pinang telah dilantik untuk melaksanakan sesi Temu Bual Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion-FGDs) dengan kerjasama strategik bersama Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang. Responden kajian bagi FGDs ini merupakan pegawai/kakitangan daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi peneraju keselamatan yang terlibat dalam melaksanakan strategi yang digariskan mengikut setiap Nilai Teras Keselamatan.

FGDs bagi Nilai Teras Keselamatan Negara 6: Keadilan Sosial telah dijalankan pada 3 Ogos 2022 di Pejabat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang yang melibatkan lapan (8) agensi seperti berikut:

  1. Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
  2. Politeknik Seberang Perai
  3. Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang
  4. Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang
  5. Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang
  6. Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  7. Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang
  8. Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

𝗪𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗖𝗔𝗞 – 𝗠𝗔𝗟𝗕𝗔𝗧𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) MALBATT Sebuah …
Maklumat Lanjut

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut