PAMERAN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA PROGRAM KARNIVAL KEUSAHAWANAN PERINGKAT DAERAH BARAT DAYA TAHUN 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pada 31 Julai 2022, Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan pameran keselamatan jalan raya bersempena dengan Program Karnival Keusahawanan Peringkat Daerah Barat Daya Tahun 2022 bertempat di Perkarangan Tempat Letak Kereta Giant Hypermarket Bayan Baru, Pulau Pinang.

Pameran ini merupakan usaha advokasi berterusan JPJ Pulau Pinang dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mematuhi peraturan di jalan raya dan juga usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya. Perkhidmatan Mobile JPJ turut disediakan bagi kemudahan pengunjung yang hadir.

Sumber : JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …