MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH TAHUN 1444H/2022M IPD SENTUL

KUALA LUMPUR IPD Sentul, 29 Julai 2022Surau Al-Aman IPD Sentul dengan kerjasama PERKEP IPD Sentul telah menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Tahun 1444 Hijrah / 2022 Masihi bagi memperingati peristiwa Hijrah. Majlis ini telah diadakan di Rumah PERKEP IPD Sentul.
Majlis dimulakan dengan Ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh penceramah jemputan YBhg. Ustaz Engku Ahmad Fadzil Bin Engku. Majlis diteruskan dengan bacaan doa akhir tahun, solat maghrib dan bacaan doa awal tahun yang disempurnakan oleh YBhg. Ustaz Juhari bin Mohd Nawi dari BAKA IPD Sentul.
Objektif majlis ini diadakan adalah bagi memupuk semangat persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga Polis Sentul. Selain itu juga ianya dapat memberi penghayatan kepada semua bagi memperingati pengorbanan dan kesungguhan Rasulullah s.a.w dan para sahabat R.A dalam menyebarkan Islam.
Turut hadir dalam majlis ini, YDH SUPT. Heisham bin Harun, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, YDH ASP Muhammad Ridhuwan bin Zaini, Pengerusi Surau Al-Aman IPD Sentul, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Sentul.
Majlis berakhir telah berakhir dengan jayanya.

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut