TRIVIA KEMERDEKAAN: TEMA HARI KEBANGSAAN 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT PATRIOTISME)

Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata namun ianya adalah detik negara tercinta kita bebas daripada cengkaman penjajah dan memungkinkan kita membentuk negara bangsa sendiri.

Sempena sambutan hari Kebangsaan Malaysia ke-65 bagi tahun 2022 ini, kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

Bertemakan Hari Kebangsaan Tahun 2022, “ #Keluarga Malaysia Teguh Bersama”, ianya menepati dengan situasi semasa Malaysia yang menunjukkan keprihatinan kerajaan serta rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersama-sama bersungguh dan tabah menghadapi cabaran dan dugaan berhadapan dugaan wabak COVID-19. Rasional bagi tema Hari Kebangsaan 2022 adalah seperti dibawah:

Dikongsikan juga bagi makluman anda perkongsian menarik berkenaan senarai tema Hari Kebangsaan bermula tahun 1970 sehingga tahun 2021:

Tahun Tema
2021 Malaysia Prihatin
2020 Malaysia Prihatin
2019 Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih
2018 Sayangi Malaysiaku
2017 Negaraku Sehati Sejiwa
2015-2016 Sehati Sejiwa
2014 Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
2013 Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
2012 1Malaysia. Janji Ditepat
2011 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
2010 1Malaysia Menjana Transformasi
2009 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2007 Malaysiaku Gemilang
2000-2006 Keranamu Malaysia
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
1998 Negara Kita Tanggungjawab Kita
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1995 Jatidiri Penggerak Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1992 Wawasan Asas Kejayaan
1991 Wawasan 2020
1990 Berjaya
1988-1989 Bersatu
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1983 Bersama ke Arah Kemajuan
1982 Berdisiplin Giat Maju
1981 Berdisiplin Berharmoni
1980 Berdisiplin Berbakti
1979 Bersatu Berdisiplin
1978 Kebudayaan Seni Perpaduan
1977 20 Tahun Bersatu Maju
1976 Ketahanan Rakyat
1975 Masyarakat Berdikari
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1973 Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1972 Masyarakat Adil
1971 Masyarakat Progresif
1970 Muhibah dan Perpaduan

 

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut