FASA 2 OPS ATM KE ATAS MINYAK MASAK SAWIT TULEN DI LOKASI-LOKASI TUMPUAN AWAM

 

GUA MUSANG 31 Jul : Sepasukan 4 Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Fasa 2 OPS ATM ke atas Minyak Masak Sawit Tulen di lokasi-lokasi tumpuan awam.
Fasa 2 OPS ATM ke atas Minyak Masak Sawit Tulen dijalankan keatas barangan keperluan antaranya Ayam, Telur dan Minyak Masak, bagi memastikan harga jualan adalah berpatutan dan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan mengambil keuntungan secara tidak munasabah (mencatut).
Selain itu memastikan supaya bekalan barangan tersebut terus berada dan dijual dipasaran serta barangan tersebut dijual oleh pengedar, peruncit dan pemborong.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-
?e-aduan.kpdnhep.gov.my
? Tel : 09-7416000
? Whatsapp : 019-2794317 @ 019-8488000 (Aduan Pengguna)
? Talian Hotline : 1-800-886-800

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut